fbpx

Peminat Teruja Yuna Beri Bayangan Bakal Berduet Dengan BTS

Sebelum ini penyanyi Yuna pernah melakar sejarahnya sendiri apabila merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher. Terbaru, Yuna memberi bayangan bahawa beliau bakal berduet dengan kumpulan popular dari Korea Selatan iaitu BTS untuk projek terbarunya pada tahun 2019.

Menerusi Twitter, Yuna turut meminta pandangan daripada peminatnya mengenai projek tersebut sama ada kolaborasi tersebut sesuai dilakukan atau tidak.

BACA: Suami Tak Sengaja Rakam Video Yuna Tak Pakai Tudung?

Ruangan komen posting tersebut dihujani dengan komen dari rata-rata peminatnya yang teruja dan mengharapkan agar gandingan tersebut bakal menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, peminat BTS turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut dalam masa tidak sabar melihat gabungan dua bintang hebat itu.

Terdahulu, album ‘Chapters’ yang turut memuatkan lagu ‘Crush’ pernah tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik.