fbpx

Pertamanya, tahniah buat Sharifah Amani yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik kategori filem di Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) Jumaat lalu.

Kami berada dalam bilik sidang media selepas Sharifah Amani menerima anugerah tersebut & Bront Palarae yang menang kategori Pelakon Terbaik Lelaki turut ada.

Sharifah Amani atau Nani tidak dapat menahan sebak atas kejayaan beliau hari itu & menganggap semua ini adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar Yasmin Ahmad.

Ketika aktiviti soal jawab bersama media ini berlangsung, di’atas pentas utama penyampai anugerah mengumumkan yang Yasmin Ahmad memenangi Pengarah Terbaik Kategori Filem.

Suasana gembira bercampur hiba serta merta menerjah masuk ke ruang bilik kami berada kerana kemenangan berganda buat dua insan yang begitu rapat dalam industri hiburan ini.

Lagi gambar Sharifah Amani ketika sidang media selepas ini. Al-fatihah buat Yasmin Ahmad (1958-2009).

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket