fbpx

“Malaikat Dalam Kubur Tak Tanya Nama Ahli BTS”

Sebut saja kumpulan K-Pop terkenal BTS, sememangnya mereka mempunyai peminat fanatik yang ramai. Pantang salah sebut mengenai kumpulan pujaan ramai itu, pasti Army BTS akan lantang bersuara.

Pasti ramai tahu baru-baru ini, Alif Star dikecam teruk gara-gara menyebut lagu Boy With Luv nyanyian BTS terdiri dinyanyikan oleh lapan orang sedangkan ahli kumpulan BTS hanya tujuh orang. Tetapi lapan orang yang dimaksudkan termasuk penyanyi, Halsey.

BACA: “Siti Nordiana Tak Layak Menang, Alif Satar Lagi Best”

Mengulas mengenai kecaman diterimanya, Alif menyifatkan perkara itu melucukan dan tidak tertekan dengan serangan tersebut. Malah, Aliff berkata peminat tidak perlu mengagungkan atau taksub kerana ia tidak akan ditanya di akhirat kelak.

“Saya anggap kecaman itu melucukan. Saya tidak salah dalam situasi itu kerana lagu Boy With Luv sememangnya dinyanyikan oleh lapan orang iaitu 7 orang daripada kumpulan BTS dan kolaborasi bersama Halsey. Ada juga penyokong BTS yang menyokong saya. Tidak semuanya mengecam.

“Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub dengan artis atau sensitif. Malaikat dalam kubur tidak tanya mengenai nama setiap ahli kumpulan. Di akhirat juga begitu,” katanya kepada Kosmo!

Betul apa dikatakan Alif, tak salah nak minat mana-mana selebriti tetapi tidak perlu terlalu taksub sehingga menimbulkan kebencian atau pertelingkahan.