fbpx

To’Ki Pindah Masuk Rumah Baru, Baitulmal Tanggung Sewa Setahun

Penyanyi To’ki memaklumkan bahawa dia sudah pun berpindah ke rumah baru yang terletak di Sentul selepas sebulan mencari.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 58 tahun itu berkata rumah dua bilik itu akan ditanggung sewa selama setahun oleh pihak Baitulmal.

BACA: “Tunggu Baitulmal, Mereka Akan Carikan Rumah Sewa Baru Untuk Saya” – To’ki

“Alhamdullillah saya bersyukur pihak Baitulmal sudi untuk bayarkan rumah sewa ini selama setahun. Selepas setahun nanti saya akan bayar sewa rumah sendiri sebanyak RM850 sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, To’ki berkata dia kini sedang sibuk dengan proses pemindahan serta ubah suai untuk studio baru bagi tujuan penghasilan lagu.

“Sekarang, saya masih penat mengemas rumah. Saya terlampau letih sangat sebab nak pindahkan studio dari rumah lama itu bukan mudah.

“Saya mahu set up studio rakaman dengan baik. Tak mahulah kalau orang datang nanti nampak studio saya seperti studio kampung saja.

“Nanti yang datang ke studio saya itu penyanyi terkenal juga nak rakam lagu sebab itu saya mahu sediakan studio yang baik dan sempurna,” katanya.

Sementara itu, To’ki berkata isu dengan pemilik rumah sewanya sebelum ini sudah pun diselesaikan dengan cara baik.