fbpx

Perkongsian bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri menjadi perhatian apabila mendedikasikan sebuah lagu Dipaksa Berpisah kepada bekas isterinya sebentar tadi.

Seolah masih berharap, Nedim sempat menulis ucapan ringkas buat Nora mendoakan kebahagiaannya serta harap dapat kembali bersama bekas isterinya itu.

BACA: “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Sibuk Nak Cari Perempuan” – Zarina Anggap Nedim Macam Abang

“Lagu ini untuk mu sayang, Nora Danish. I doakan kamu bahagia, kalau dengan saya, Alhamdulillah, tapi kalau bukan, awak cinta hati dalam hidup saya,” tulisnya.

Terdahulu, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 19 Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl kini berusia enam tahun.