fbpx

Gambar: Rozita Che Wan Bertudung Ala Datuk Siti Nurhaliza. Comel!

Bagus sebenarnya jadi insan bernama Datuk Siti Nurhaliza, apa sahaja yang di’kenakan pasti menjadi ikutan peminat.

Kami menulis bukan kerana gambar Rozita Che Wan ini semata mata, tetapi selepas membuat carian ringkas di Google, peminat sebenarnya berminat untuk mengenakan serkup ala Siti Nurhaliza.

Berbalik kepada Rozita Che Wan, gambar ini sebenarnya di’rakamkan oleh wartawan Murai.com.my beberapa hari lalu ketika rakaman sebuah majlis bersama Astro Awani.

Sekali imbas memang gaya Rozita Che Wan memang seperti Datuk Siti Nurhaliza dan ceritanya, seorang kanak kanak memanggil janda meletup ini sebagai Siti Nurhaliza.

Bercakap kepada wartawan, beliau bukan mahu meniru gaya bertudung Siti Nurhaliza namun memakai serkup kepala kerana salah satu aktiviti ketika majlis itu melibatkan penggunaan cat.