fbpx

Ramai Puji Neelofa Cantik Berniqab Di Mekah

Kalau sebelum ini Neelofa sering dikritik kerana fesyen ‘keterlaluan’ dengan imejnya yang berhijab, kini ramai pula memuji kecantikkan wanita itu yang lengkap berniqab ketika menunaikan umrah.

BACA: Tahun 2019, Nama Neelofa Bakal Mekar Di London

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, Neelofa kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Beberapa gambar Neelofa berjubah hitam serta beniqab juga sempat dikongsi buat peminat.

Rata-rata netizen memuji penampilan sopan pengacara itu dan berharap penampilan seperti itu dikekalkan Neelofa. Ada juga yang mengusik nakal ingin menjadikan Neelofa calon isteri kerana terpesona dengan kecantikannya.

Difahamkan Neelofa juga turut berangkat bersama keluarga mengerjakan umrah. Malah pada ketika ini beberapa selebriti lain juga turut berada di sana seperti adik beradik Senrose dan keluarga. (rtky/w)