fbpx

Dikritik Suka Tunjuk Punggung, Kilafairy Minta Netizen ‘Unfollow’ IG

Lama tak dengar cerita mengenai Kilafairy, baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik gambarnya ketika hadir di anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022.

Menerusi entri tersebut, Kilafairy dilihat mengayakan gaun berwarna hitam bersama hiasan rantai perak dileher dan gincu bibir berwarna merah.

BACA: Cincin ‘Tanda’ Di Jari, Kilafairy Sudah Dilamar Kekasih?

Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang memuji Kilafairy dilihat cantik dan anggun.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan gaun yang dipakai pelakon itu yang didakwa terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk punggung.

Kata netizen lagi, gaun yang dipakai pelakon itu dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah bertudung. Namun, ada yang mendoakan agar Kilafairy terus istiqamah dalam menutup aurat.

Tidak hanya berdiam diri dengan kritikan diberikan, Kilafairy diliuhat memberikan komen balas meminta netizen yang tidak gemar dengan penampilannya itu supaya berhenti mengikutinya di Instagram.