Enggan Tumpang Harta Chef Wan, Serina Selesa Hidup Berdikari Di Perlis
Pelakon Serina Redzuawan reda apabila hak penjagaan kekal anak perempuannya, Isabella Saffiya diserahkan kepada bekas suami iaitu Gavin Edward oleh mahkamah pada Februari lalu.
Memetik mStar Online, namun Serina bersyukur dia tidak dihalang untuk bertemu dengan kedua-dua anaknya iaitu Isabella dan Tristan Tareef.
BACA: Serina Redzuawan Hilang Hak Jagaan Kekal Anak Kedua
“Saya reda dengan apa saja keputusan yang ditetapkan, tapi apa-apa pun saya bersyukur kerana saya tiada masalah untuk berjumpa dengan anak-anak.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat beri keterangan lebih tentang anak-anak kerana saya menghormati pihak mahkamah dan perlu mengikut perintah injunksi,” katanya.
Serina berkata dia mengakui berdepan kesukaran dalam kehidupan namun dia selesa hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa termasuk bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
“Daripada segi dugaan jangan cakaplah. Saya ni antara artis yang diduga dengan segala masalah. Hal perkahwinan, hal anak-anak, macam-macam. Apa yang membuatkan saya kuat adalah saya daripada dulu tidak pernah bergantung harap pada sesiapa.
“Walaupun saya ada bapa yang kaya, saya tidak pernah telefon papa minta duit. Saya susah macam mana pun, saya tidak pernah minta duit pada papa.
“Bayangkan walaupun bapa saya jutawan, sebuah telefon bimbit pun saya tidak pernah minta dia belikan. Jadi saya memang dibesarkan untuk struggle dan berusaha sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Serina berkata dia kini bahagia dan tenang dua tahun berhijrah ke Perlis bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid.
“Selama ni kan kita hidup dekat bandar, tiba-tiba bila duduk dekat Perlis rasa tenang. Bagi saya, bila kita dah dapat kebahagiaan, perkara-perkara lain dah jadi nombor dua. Kita dah tak fikir apa-apa dah.
“Saya kata tak mengapalah. Pengorbanan seorang isteri tu lebih mulia daripada apa yang saya ada sebelum ini. Kemewahan, glamor, semua saya dah dapat dulu,” katanya.
Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah petaling pada 1 Ogos 2017.
Serina kemudian berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
- SUMBER
- mStar Online
Padan muka ko rina! Dulu bukan main lagi ko belagak @ mencanang.. almaklumlah bapa celebrity chef @ org kaya boleh taja perkahwinan ngn mat saleh bastard (kata hang @ bapak hang ok) tapi kawin ke2 no kelas no layan.. ko & laki tak ada duit ke buat pesandingan.
Ko bagi muka kesian kerang basi ngan bapak.. dia sponsor berpuluh ribu renovate dapur rumah sawah bendang diperlis tu siap beli pingan mangkuk lagi & duit belanja tu biasa lah, habis tu ko terima ke tolak? Ko yg minta buat kenduri kat banglo bapak ko (tapi sedih bapak ko tak layan). Kawin terdesak caras laki org lagi.. kerana nak tutup malu terlibat dgn gang kartel… Dlm masa yg sama kes mahkamah anak2 masih belum selesai & syukur, memang kemenangan besar buat bekas suami!
Bukan main level confident nak dapatkan hak penjagaan anak2 & nak saman bekas suami konon dgn pertolongan + $$ si bapak last2 LOSER!
wow! ayat dia “kemewahan, glamor, semua saya dah dapat dulu..” persoalanya mewah mengcekau duit bapak & glamor tang mane rina? Glamor tuduh @ burukan bekas suami macam2. Bukan main bapak sotong ko buat ceramah kat socmed dgn kata2 kesat kat bekas suami rupanya anak sendiri yg bastard & at last memalukan diri.
dari dlm kandungan mendiang mak you lagi si bapa sudah menyediakan semua keperluan sampai dah beranak pinak & belaki 2 kali nie pun masih si bapa menghulur bantuan bukan seribu dua & you kata tak meminta2??
Bak kata bapa you dah berhabis duit menolong anak tapi tak mengenang budi malah memalukan dia lagi ada. Manalah tak hancur hati sorg bapa.
Tapi tu lah bapa you kan kaya & esok lusa bila dia meninggal you sakau @ gunakanlah lah harta & $$ dia, dah rezeki jgn ditolak.