Untuk berlaku jujur, pada pendapat kami yang buta seni ini, tajuk Saya Amat Mencintaimu (SAM) tidak begitu begitu kuat untuk menjadi tajuk sebuah filem. Quite lame.


Tetapi tidak mengapa, pengarah muda kita, Syafiq Yusof yang baru berusia 18 tahun percaya dengan kemampuan diri beliau & yakin kekuatan filem ini bukan terletak pada nama.

Melalui Facebook rasmi filem ini, produksi yang di’kepalai oleh Syafiq Yusof melepaskan beberapa keping gambar di’sebalik tabir termasuklah gambar scene perkahwinan antara Lisa Surihani & Shaheizy Sam yang menjadi teraju utama.

Shaheizy Sam yang menjadi watak utama filem SAM ini mengakui watak yang di’bawanya adalah 70% diri sendiri dan peluang berlakon dengan pengarah muda seperti Syafiq Yusof adalah pengalaman baru.

via CT Honey