“Seronok Raya Zaman Kanak-Kanak, Tak Perlu Jawab Soal Kahwin”
Sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Sufian Suhaimi kerana neneknya tersayang sudah pun pergi menghadap Ilahi dan tidak dapat beraya bersama sanak-saudara seperti kebiasannya.
Meskipun neneknya meninggal dunia pada tahun lalu, namun Sufian berkata dia masih berasa sedih kerana tidak dapat lagi berkongsi kegembiraan seperti sebelum ini.
BACA: Sufian Suhaimi Tak Kemaruk Mencari Cinta
“Sejujurnya sepanjang hidup pengalaman paling best apabila tiba hari raya ialah semasa ada datuk dan nenek. Tahun lepas saya kehilangan nenek bermakna sudah tiada lagi insan bergelar datuk dan nenek.
“Perasaan memang sedih kerana suasana raya berbeza dan tak dapat nak kongsi kegembiraan bersama mereka. Bukan sahaja tak boleh beraya dengan sanak saudara, malah dah tiada nenek juga,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Sufian mengimbau kembali kenangan raya semasa zaman kanak-kanak dimana ketika itu sangat seronok dan tidak perlu memikirkan banyak perkara termasuk soalan tentang kahwin.
“Banyak sangat kenangan tak boleh lupa ketika beraya bersama datuk dan nenek. Lebih-lebih lagi semasa saya masih kanak-kanak. Tak perlu nak fikir banyak benda termasuklah tak perlu jawab soalan bila nak kahwin,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Sedar ler diri sape nak Kat ko da ler pendek huduh loyar buruk pule tu, gi Cari bapok jela
Baby pian ni kalau gemuk berisi n sado confirm jd rebutan… Sbb hensem kalau gemuk n sado skit….tlongla pian mkn byk skit yea.. Buktikan pd sesiapa yg u can be sado..pliss g gym
MOVE ON SNNG.. MMG SNANG TP UTK CARI PENGGANTI SUSAH. THAT’S IS MY TRUELY EXPREIENCE. BUT NEED TO MOVE ON.. IS NEEDED
Masa lampau atau kenangan tu perkara yg mustahil kita dpt rasa kembali. Semakin berusia kita semakin indah kenangan dolu2. Sbb kita dah x mungkin dpt ulangi lg keadaan spt tu. Tp kalau kita dpt ulang hari2 dah tentu jemua dan muak pula…