“Siapa Yang Tak Suka, Tak Payah Nak Follow Kami”
Sering menerima kecaman dan komen negatif netizen di media sosial, pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kecewanya dan bertindak menegur sikap tidak beradap segelintir individu tersebut.
Almy berkata dia sudah lama memendam perasaan dengan sikap biadap netizen yang kurang senang dengan kemesraannya bersama suami, Datuk Fizz Fairuz. Ujarnya, dia lebih senang menyekat netizen yang meninggalkan komen negatif dan penghinaan terhadap dirinya.
BACA: Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Hamil Anak Keempat
“Lama pendam perasaan, tapi harini kami takleh tahan,terpaksa luah, bagi hampa semua baca bagi habis, rajinkan baca. Saja la habaq mai, sapa-sapa yang dok rasa tak suka kami, tok sah la nak follow kami, faham!!
“Lepas tu hampa masuk dalam IG kami, hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, agak-agak hampa rasa gelak kami ka, muka kami ka, apa saja yang melibatkan kami yang membuatkan hampa cemuih?,” katanya.
Menurut Almy, perkongsiannya di media sosial itu adalah mengenai realiti kehidupannya yang sebenar. Almy turut memohon maaf kepada netizen yang telah disekap olehnya bagi mengelakkan diri daripada melakukan dosa di bulan Ramadan
“Baik hampa tok sah dok nak like, tok sah hampa nak tambah dosa di bulan puasa ni faham, lama betoi kami dok perati hampa tau, lama betoi kami dok bagi muka kat hampa yang dok mai masuk IG kami lepas tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak.
“Maaf buat sapa-sapa yang dok kena block dengan kami, habaq awal-awal sebab apa kami block sebab kami tak mau cari dosa nak baca komen tak elok dan nanti syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa, dari kami nak cari dosa baik kami block,” tulisnya.
Dalam pada itu, Almy berkata suaminya sering menasihatinya supaya tidak mempedulikan komen negatif tersebut. Namun, Almy berkata selama ini dia banyak bersabar, namun bermacam-macam komen diterimanya dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menyekat netizen yang biadap.
Disebabkan statement mcm ni lah golongn artis Msia dibenci bkn reti nk humble sikit ego lg walaupun job zero kertu x laku huhuhu buat anak jer mlm2
makin lama benci artis2 msia… sumbangan x setakat mana pon tp haiyoo yooo berlagak dan ckp tinggi kluster kayang ni lah ..x srupa bikin je lah korang …drama pun setahun skali susah nk nmpk muka ko aksyen laki bini podah.
Alololo…sendiri gigih main medsos sendiri sentap. Padan ngn muka musim wabak pun masih nak berlagak hidup x ukur baju ke body padahal krik x3 sapo nk follow ko Lol
Artis mana pernah salah wakaka
X hingin nk follow next?
Lelaki itu memiliki naluri yg kental, tpi klu smpai dia tidak bisa myembunyikan airmata,maksudnya jiwa dan hatinya benar2 tsentuh dan remuk, syukur alhamdulillah ceramah ustaz byk mbantu,terbaik ustaz ebit.
Ustazeh saya nak cadangkan.nanti buatlah program untuk anak2 umur 7,8thn.dorang pun dah mula faham ceramah2. Saya nak daftar.tapi ade minimum age haritu.. kalau dapat kan best.sebab umur mcm ni senang dan paling terbaik untuk dididik dari awal…tq ustazeh…ahhgitew!
tutup je …hang tu yng bermasaalah…
Stu retis pn aku x fllow.xde pekdah.sbb bg aku retis msia ni poyo je lbih,lbih sdu dr kuah.show off tu ni tp xdo bondo pn.yg aku fllow ustz ebit je.
Fizz fairuz makin sado dan hensem skrang kan..oh wow…huntung isteri dia.