fbpx

Mahu Video Lucah Disekat, Niat Fathia Disindir Netizen

Selepas video lucah Syafiq Kyle tular dan dijual dengan harga murah serendah RM20, Fathia Latiff meminta agar tindakan segera diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video lucah di media sosial.

Menerusi kenyataan Fathia di akaun Twitternya, dia juga meluahkan rasa bimbang penyebaran video lucah yang boleh merosakkan akhlak remaja memandangkan ramai remaja di bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa pengawasan ibu bapa.

BACA: Solat Dalam Kereta, Fathia Latiff Dikecam Netizen

Fathia turut menyeru nama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar turut serta untuk campur tangan dan menangani isu tersebut.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Fathia. Namun, tidak kurang juga ada yang menyindir Fathia dengan menyebut kembali kisah lamanya yang pernah beraksi seksi di aplikasi Bigo Live.

Selepas Tweetnya diperli teruk oleh netizen, Fathia memuat naik satu lagi status bahawa dia menerima apa saja kecaman. Tambahnya lagi, dia mahu menjadi manusia yang lebih baik bukan saja di disisi Tuhan, tapi dimata masyarakat juga.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik untuk Fathia. Bagus la jika dia betul-betul sudah berubah. Tapi netizen pun di bulan Ramadhan lebih baik jika kita bercakap sesuatu yang baik-baik.