“Walau Kahwin Orang Kaya, Wanita Kena Berdikari Tak Harap Duit Suami”
Usia sudah mencecah 31 tahun, pelakon Jasmine Suraya mendedahkan dia kini dalam proses berkenalan dengan seorang jejaka. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya.
Masih dalam proses berkenalan, Jasmine berkata dia tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman bujang kerana baginya setiap wanita perlu stabilkan kewangannya terlebih dahulu.
BACA: Jasmine Suraya Tak Fasih Mandarin Walaupun Berbangsa Cina
“Buat masa sekarang jodoh tu agak jauh sikit. Kami masih dalam proses perkenalan lagi. Saya pun tak tergesa-gesa dalam hal ini. Bagi saya apa yang penting bagi seorang wanita adalah dia perlu ada kewangan sendiri.
“Walaupun kahwin dengan orang kaya, dia kena berdikari bukan semata-mata bergantung dengan duit suami,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Jasmine berkata dia menginginkan seorang lelaki yang matang untuk menjadi ketua keluarga serta memahami cara kerjanya sebagai seorang selebriti.
“Saya senang ja. Kalau dah berkenan, serasi dengan saya, apa salahnya terus berkahwin.
“Lelaki itu kena jadi seorang yang matang. Dia kena faham dengan cara kerja saya yang tak menentu ini. Bukan selalu boleh jumpa,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Aku dulupun mcm tu, berdikari diatas kaki sendiri, bf bgi wang tu nk uji kita atau ikhlas tak tahulah, aku x nak, bila dh kawen, maybank2u dia saya tahu semuanya termasuk password…rmhtangga harmoni ceria walaupun selalu sekodeng bank dia dn hp jugak..ada aku kisah..
Betul tu bro, kadang2 x salah kita gunakan dan tumpang gaji istri2 kita….sharring is caring kan
Byk bini ngko uwekkkkkkk? Anak beratur ganaknye ye? Jgn lupa bg nafkah bathin kat bini2 dan nafkah zahir duit buku yuran taska anak ngko
Bini ada dua jer …saya mmg happy didodoi mereka.