Kami buat silap sebentar tadi dan menyebabkan blog gossip perasan popular ini down untuk hampir satu jam.

Tapi tidak mengapa, kami sudah kembali dan terima kasih kepada DataKL yang super awesome dalam menjalankan tanggungjawab. Pergi peluk mereka.

Ini gambar Noh Hujan & tunang’nya Mizz Nina dan mereka di’khabarkan mengerjakan umrah bersama selama seminggu sehingga 22 Januari lalu.

Ada juga sumber yang mengatakan Noh Hujan pergi bersendirian. Yang pasti, gambar ini nampak begitu sweet untuk sepasang couple yang lahir dalam dunia urban.

Noh Hujan yang tiba di KLIA pada 22 Januari lalu terus ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk sessi uji bakat protege program Mentor beliau.

Bagus budak Noh Hujan ni, penat balik umrah belum hilang, terus ke tempat kerja demi janji kepada stesen televisyen. Uji bakat orang ramai dengan baju Melayu & kopiah. Awesome!