Rindukan Keluarga, Caprice Sedia Balik Malaysia
Hampir dua bulan berada di Jordan, penyanyi rap Caprice mengakui rindukan keluarga dan perniagannya serta mahu segera balik ke Malaysia.
Menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Insta Story, Caprice berkata dia berharap dapat tinggal lebih lama dan akan kembali ke Jordan.
BACA: Diserang Panic Attack, Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan
“Tentunya saya ingin balik ke Malaysia. Saya merindukan keluarga, perniagaan dan permainan saya.
“Tetapi itulah, saya harap dapat tinggal di sini (Jordan) lebih lama sebab telah banyak kami lakukan untuk misi di sini, saya harap saya dapat lakukan lebih banyak lagi. Saya akan tetap kembali ke sini, Insya-Allah,” katanya.
Berkongi mengenai keadaan kesihatannya selepas dimasukkan ke hospital akibat demam dan panic attack, Caprice berkata dia kini semakin sihat namun doktor menasihatkannya untuk berehat.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih sihat. Cuma doktor suruh rehat. Tetapi disebabkan ini adalah hari-hari terakhir saya di Jordan, saya perlu berikan yang terbaik. Insya-Allah sebelum saya naik kapal terbang, saya akan muat naik kesemua video saya,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice berkata sejak dirinya tular, dia bertemu rakan baru di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi di sana.
“Sejak lagu koyak dan sesi live Instgram saya bersama pempengaruh askar Israel itu menjadi tular, kita bertemu ramai sahabat baharu di sini. Jadi, banyak perjumpaan dan mesyuarat dilakukan dan anda akan melihatnya nanti,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Adam dan Hawa tertipu dng penyamaran syaitan yang bertopengkan org alim yang masuk ke dalam syurga,lalu Adam dan Hawa terjerumus memakan buah dari pohon larangan.Kalau Adam dan Hawa tau yang menyamar itu syaitan sudah tentu ia akan selamat dan oleh kerana syaitan mahir dng tipu helah termasuk memakai jubah dan serban maka ramailah orang terpedaya dengan nya… begitulah nak digambarkan kisah dunia skrg ini.Guru-guru agama pun banyak yang ckp x serupa bikin mcm syaitan la jugak..
terima kasih kerana bercakap benar!