Aiman Hakim Ditegur Kerana Zahirah MacWilson Terlalu Seksi
Boleh dikatakan ramai menjadikan pasangan selebriti Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sebagai ‘couple goals’. Mana tidaknya, pasangan ini memang sama cantik sama padan dan dua-dua tinggi lampai.
Sedang melayari bahtera bahagia rumah tangga, apa sahaja yang dikongsikan oleh pasangan ini pasti akan mendapat pujian peminat yang suka melihat momen romantis mereka. Baru-baru ini, pasangan itu ada memuat naik foto terbaru mereka untuk kempen UNICEF.
BACA: Zahirah MacWilson Tak Takut Saham Jatuh Lepas Kahwin
Bagaimanapun, foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan pakaian Zahirah terlalu seksi. Malah, ada yang mengkritik aksi mereka berpelukan dikatakan kurang sopan dipertontonkan kepada umum meskipun sudah bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, ada yang menegur Aiman Hakim supaya mengajar isterinya untuk lebih menutup aurat serta mendoakan semoga dibukakan hati Zahirah untuk lebih berpakaian sopan.
Apa pun tak salah untuk menegur, tetapi rasanya kalau bab ini mungkin netizen boleh memberi teguran secara privasi dan bukan diruangan komen.
- SUMBER
- Cari Forum
Yg bagus di tengok pasangan sedang bercinta seperti adik beradik bercinta restina tu kan.
kalau aiman dan zahara ini tidak elok di tengok sebab suami isteri yg sah
Pelik zmn skang ni yg lom nikah peluk2 org panggil sweet. Yg dah halal suami isteri buat cmtu org kata menunjuk2. Bodoh betul org melayu Islam kita ni. Nk kata alim tp tngk perangai jahil jugak. Nk kata jahil ckp bab agama mcm warak sngt bunyiknya. Ntah apa motif pun kita xtau…
Lantakla dorangla
Dlu ramai ckp aiman ni nak sama dgn aliff aziz.. Tp alif aziz lagi hensem dan sado..
Semoga cepat dpt baby
#Bulupubiscouple!!!
Tapi antara semua isa encem…mana berita psl isa khan…dah lah ensem
Isa khan tu kau kata ensem, muka cam bangla, baik bagi nama hisapkan!
Kak timah x baik tau…mungkin sbb u jeles isa x layan msg u. Isa tu baik dan encem giler
Nak citer Isa Khan Ngan Risteena yang rindu x makan bersuap suapan tu……sweet sangat
ni ustaz wadi ckp lelaki dayus, bila isteri buat maksiat dibiarkan. hati2, lelaki dayus tak cium bau syurga. jgn kecam. aku cuma penyampai bagi siapa yg tak tau atau pura2 tak tau.
mungkin baru2 ni dia x mau tegur. nnti dia nasihat la bini dia tu. kita doakan lah juga utk mereka sebagai saudara seagama. banyak jugak yg dh ada peningkatan walaupun pelan2 posmen my broder.
hanya yg wajib ditakuti ialah jika kita xsempat bertobat dan mninggal dlm keadaan xsempat berhijrah. ingatan utk diri sendiri juga.
komen insta pun rotikaya post. desperate sgt
Remy,I pun minat isa khan sesangat…lakonannyer wow…bulu mata dia galak mcm a galak
Netizen² x payah lah busy body sgt.. lantak dia lah.. dosa pahala antara dia dgn Allah.. x payah busy body sgt lah.. Admin rotikaya ini pun satu dah² lah ceta gosip² yg bkn² ini dah dkt nk bulan Ramadan x faham² lagi ker.. nk tambah kan dosa.. sdh lah dunia skrg m’gelami musibah.. minta² lah b’doa agar negara kita Malaysia pulih dr virus covid-19 ini.. assalamualaikum aminn..??