fbpx

Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Dah Tinggal Sebumbung

Umum mengetahui adik kepada Fasha Sandha iaitu pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian video di Instagram, Sheila tampil menafikan dakwaan netizen menuduh bakal menantunya itu tinggal sebumbung dengan keluarganya.

BACA: “Untung Elisya Dapat Bakal Ibu Mentua Sporting Ajar Masak”

Meminta netizen supaya tidak manabur fitnah, Sheila berkata bakal menantunya itu tahu menjaga tataterbit dan daripada melepak lebih baik datang ke rumahnya belajar memasak.

“Belum kahwin dah duduk sini ka? hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur fitnah kata dia duduk sini. jangan fitnah, berdosa.

“Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama dan air muka, tak boleh conteng arang. Dia tau tatatertib dia. Daripada dia pergi melepak, lebih baik dia datang rumah mak mentua belajar masak,” katanya.

Dalam pada itu, Sheila berkata dia tidak akan membiarkan anaknya dan Elisya berdua-duaanya serta perkara bukan-bukan berlaku.

“Kedua-dua mereka ada di depan mata sis. Kalau kata mereka cuba untuk melakukan perkara yang tidak diingini, kaki sis sampai dulu,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Elisya dan Uzair mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana pada 31 Januari lalu.