fbpx

Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.

Mendedahkan perkara itu dalam program MeleTOP semalam, Ernie berkata sebagai perempuan perlu berani. Tidak hanya bertepuk sebelah tangan, Syamel juga menyimpan perasaan terhadapnya.

BACA: Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

“Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya.

“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.

Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.

Malah, netizen turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.