fbpx

(Gambar) Marcella Shariff Pernah Bermain Poker di UK, Masih Isteri Lan

Kredit Foto: Kami mahu berikan kredit tetapi sumber terlebih dahulu melukakan hati editor kami. Maka, maaf cakaplah.

Ini kisah lama & pernah menjadi buah mulut peminat hiburan beberapa bulan lalu, namun hari ini, ia’nya terbukti benar dengan iringan gambar.

Sebuah forum komuniti pemain poker UK ada menyiarkan gambar para pemain ketika perlawanan poker di The Western Club, London.

Salah seorang pemain yang ternampak kelibat’nya adalah isteri kepada Lan A2Z, Marcella Cassisi Shariff yang kini memang tinggal dengan keluarga beliau di’sana.

Gambar tersebut di’rakam pada pertengahan tahun 2007 & ada kemungkinan yang kini Marcella Shariff tidak lagi bermain poker. Hanya beliau & diri beliau tahu.

Lagi gambar selepas ini & bonus gambar anak-anak Marcella Shariff bersama Lan A2Z yang sudah remaja belaka. Cepat rasanya masa berlalu, kami pun sudah rasa tua. Oh why!