fbpx

Gambar: Di Sekitar Persembahan Pertama Yuna Untuk Lollapalooza 2012

Gambar: Di Sekitar Persembahan Pertama Yuna Untuk Lollapalooza 2012Pasti ramai ingin tahu perkembangan terbaru Yuna yang kini semakin rancak membina nama dalam dunia hiburan Amerika Syarikat dan ini dia untuk anda.

Hujung minggu lalu, Yuna telah pun memeriahkan festival muzik Lollapalooza 2012 yang berlangsung di Chicago dan Yuna mengambil tempat beliau di pentas BMI.

Walaupun bukan pentas utama seperti barisan pemuzik dengan nama besar lain, kehadiran sulung Yuna ke Lollapalooza 2012 ini satu permulaan yang baik untuk karier beliau.

Bercakap kepada media di sana, Yuna berkata perkara terbaik semasa Lollapalooza 2012 ini adalah beliau dapat bermain muzik sendiri untuk kelompok hadirin yang ramai.

Ini juga merupakan pertama kali Yuna hadir ke festival muzik besar sebegini sebagai peminat dan bertuah kerana turut hadir sebagai pemuzik. Gambar & video selepas ini. Enjoice!

Kredit Gambar: Time Out Chicago