fbpx

Dekta Jadi Pewaris Perniagaan Arwah Siti Sarah

Bisnes jenama Ratasya Empire (M) Sdn Bhd yang diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah akan diteruskan oleh anak perempuan tunggalnya, Dzakira Talita Zahra.

Memetik laporan Astro Gempak, perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire, Siti Fatimah Suberi baru-baru ini.

BACA: Satu-Satunya Anak Perempuan, Dekta Banyak Warisi Sifat Arwah Siti Sarah

Kata Fatima yang juga ibu tirit Siti Sarah berkata, meskipun baru berusia 9 tahun, Talita sudah menunjukkan minat terhadap fesyen dan perniagaan.

“Buat masa sekarang, saya akan uruskan dahulu sehingga DekTa (nama panggilan Talita) sudah bersedia untuk mengambil alih dan penguruskan bisnes berkenaan.

“Malah, kami juga merancang bagi memperkenalkan koleksi tudung kanak-kanak sempana kedatangan Aidilfitri nanti,” katanya.

Terdahulu, pelakon Anzalna Nasir dilantik menjadi duta jenama tudung arwah Siti Sarah iaitu Loveta. Menurut Anzalna, arwah Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya namun hasrat berkenaan tidak kesampaian.