Ya. Kami harap anda belum berasa bosan dengan kisah rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kerana pastinya selepas ini akan banyak lagi kisah yang bakal menyusul.

Terbaru, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan telah menerima nasihat daripada Mahkamah Syariah untuk berbincang secara baik tentang masalah rumahtangga mereka.

Hakim Syarie menjelaskan bersempena kedatangan Ramadhan kali ini, ada baiknya pasangan berbincang berkenaan masalah rumahtangga mereka & menjadi contoh kepada masyarakat.

Dalam temubual bersama Murai, Rita Rudaini menjelaskan yang sepanjang empat tahun berkahwin, ini merupakan tempoh paling gembira dan bahagia buat beliau.

“Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?,” ujar Rita Rudaini.

Dan, belum pun sah bercerai sudah ada soalan berkaitan pengganti Aidil Zafuan dan aktress popular ini berkata beliau tidak pernah fikirkan soal pengganti — hanya anak anak perkara paling utama dalam hidup beliau.