Lumpuh jadinya operasi sebuah blog gossip kalau dalam masa 24 jam tiada selebriti yang berani buat perkara pelik-pelik. Mahu tulis kisah pencerai & dadah, terlalu common rasanya.

Hari ini, kita bawakan lokasi jalan jalan cari makan kegemaran selebriti kesayangan ramai ini, Lisa Surihani.

Awal hari ini, Lisa Surihani ada menghantarkan sekeping gambar satu lokasi jualan makanan yang menjadi kegemaran beliau.

Kami terus berminat untuk pukul canang satu Malaysia supaya pergi ke gerai makcik Yatte (menurut Lisa Surihani).

Gerai kegemaran Lisa Surihani ini di’katakan terletak di Desa Pandan & lokasi yang lebih spesifik adalah berhadapan restoran McDonalds.

Kepada sesiapa yang mahu merasa makanan terbaik mengikut selera Lisa Surihani, bolehlah berkunjung ke gerai tersebut. Atau, sekadar mahu terserempak dengan Lisa Surihani.