fbpx

(Twitter) Nora Danish Mahu Fasha Sandha Minta Maaf & Akui Kesilapan

Tidak tahu’lah samada ini ada kaitan dengan pujian orang ramai terhadap lakonan Fasha Sandha dalam Spa Qistina yang sedang di’tayangkan secara eksklusif di Astro atau tidak.

Masih belum habis dengan isu remeh ABPBH 2009/10, malam ini Nora Danish sekali lagi meluahkan rasa kurang senang beliau melalui Twitter.

Status Twitter Nora Danish yang secara terang lagi bersuluh di’tujukan buat Fasha Sandha itu meminta pelakon suara kecil ini mengakui kesilapan & meminta maaf.

Nora Danish juga menyebut bahawa orang awam tidak bodoh & Fasha Sandha boleh lihat dengan jelas dari peristiwa beliau kena ‘boo’ di’malam anugerah tempoh hari.

Kami berpendapat, jika Nora Danish untuk sekali, berani meletakkan @NurFashaSandha di belakang update seperti ini, kita akan ada perang Twitter selebriti yang pertama untuk Malaysia. Heh!

Siapa tengok Spa Qistina versi premium kali ini? Betulkah lakonan Fasha Sandha sebagai pelacur kelas atasan & kaki goda betul-betul menjadi?