fbpx

Pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Malah, anak pasangan tersebut iaitu Muhammad Bilal turut menjadi perhatian meskipun tidak didedahkan lagi wajahnya kepada umum.

Baru-baru ini, ini tular rakaman video di aplikasi TikTok memaparkan aksi sweet Neelofa dan suaminya yang dimuat naik oleh netizen.

BACA: Neelofa Ditegur Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’

@sophie.nadia.my

Masya Allah comey sgt lofa & pak ustad ni.??? Lofa ni manja sgt2 tau. Sukaaa tgk diorg #neelofaharis #neelofa #innainunha #innaineelofa #inaineelofa #fyp #fyp? #love

? original sound – Nuha Bahrin – Nuha Bahrin

Difahamkan, ketika itu Neelofa sedang berbincang dengan reseller produknya. Kelihatan PU Riz dibelakangnya mahu ke tempat lain.

PU Riz menyentuh bahu isterinya untuk memaklumkan mahu ke tempat lain namun dengan manja Neelofa menarik tangannya.

“Jangan tinggalkan,” kata Neelofa.

Menerusi entri itu, pengguna TikTok itu turut menyertakan kapsyen mengatakan Neelofa seorang yang manja.

Diruangan komen, rata-rata netizen tersenyum melihat rumah tangga bahagia pasangan tersebut. Netizen berkata Neelofa sangat selesa apabila suaminya berada disisi.

Dalam pada itu, ramai mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga dan dipelihara oleh Allah.