fbpx

Dr. Ezani Farhana Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama, Tahniah!

Kalau menonton rancangan realiti TV yang satu ini, tidak sah kalau perut tidak berkeroncong.

Tidak kira MasterChef edisi negara mana pun, hidangan yang terhasil jarang mengecewakan selera kami yang mudah ini.

Pentas akhir MasterChef Malaysia baru sahaja tamat dan seperti yang di’jangka peminat selama ini calon favourite Dr. Ezani Farhana berjaya membawa pulang gelaran juara untuk musim pertama.

Ezani Farhana merupakan seorang doktor pergigian yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kajang, Selangor dan menjadikan Chef Wan juga Jamie Oliver sebagai chef kegemaran beliau kerana gaya mereka yang tersendiri ketika menyediakan hidangan di kaca TV.

Tahniah buat Dr. Ezani Farhana dari kami di Rotikaya HQ dan boleh’lah selepas ini pasang impian buka restoran sendiri — atau berkahwin. Heh.