fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.245)

Ingat akan penyanyi yang mahu melelong trofi untuk membantu Gaza? Faizal Tahir mengesahkan salah satu trofi’nya telah pun berjaya di’jual dengan harga RM50,000. – Twitter

Pelakon dan juga pengarah filem Argo, Ben Affleck telah terpilih oleh majalah Entertainment Weekly sebagai Entertainer of the Year, penghormatan tertinggi nampaknya. – EW

Siapa sangka di’sebalik imej nakalĀ Lil’ Wayne, beliau adalah lulusan University of Phoenix dalam bidang psikologi. Siapa lagi rapper yang berkelulusan universiti? – Huff. Post

Selepas enam album, akhirnya Rihanna bakal mempunyai satu album yang berada di tangga teratas dalam carta Billboard 200 apabila Unapologetic laris pada minggu pertama. – MTV

Setelah membuat kemunculan dalam dua buah filem sebelum ini, Mike Tyson mengesahkan yang beliau tidak terlibat dengan produksi filem ketiga The Hangover di Tijuana. – TMZ

VIDEO HARI INI: Video pilihan kami hari ini agak serius dan buat ingatan anda semua di’luar sana. Ini menceritakan fenomena Diffusion of Responsibility yang kerap terjadi dalam masyarakat kita hari ini.