fbpx

Remy Ishak Nafi Nikah 20 Februari 2020

Sebelum ini pernah memberitahu sudah memilih tarikh 20 Februari tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan, Remy Ishak tidak menyangka gurauannya itu dipandang serius.

Malah, Remy mengakui tertekan apabila ramai pihak bertanyakan mengenai perkara berkenaan termasuk keluarganya kerana dikatakan tidak berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

BACA: “Nak Jadi Isteri Saya? Kena Buang Rasa Cemburu”

“Saya tidak menyangka pula mereka sebenarnya serius dan menyiarkan berita mengenai tarikh perkahwinan terbabit.

“Kecohlah juga apabila berita ini disiarkan. Ahli keluarga saya semua sudah bertanya dan mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dulu serta siapakah calon yang bakal saya nikahi,” katanya kepada Harian Metro.

Membetulkan semula kenyataannya, Remy berkata sudah tentu dia memikirkan soal untuk berumah tangga dalam usianya sekarang. Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya percaya kepada jodoh yang sudah ditentukan, cuma sebagai bakal suami dan ketua keluarga banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan dibuat.

“Tambahan pula usia saya sekarang sudah mencecah 37 tahun. Selepas ini apabila usia bertambah saya sudah tidak sesuai lagi memegang watak anak muda remaja. Mungkin pada masa akan datang yang sesuai untuk saya adalah watak bapa,” katanya.