Komen Wardina Safiyyah Tentang Spanar Jaya: Hendak Dapat Dosa, TengoklahOuch. Memang jujur & ikhlas ayat yang keluar dari kenyataan Twitter Wardina Safiyyah pagi ini berkaitan tayangan semula sitkom Spanar Jaya di NTV7 hari ini.

Sebenarnya Spanar Jaya sudah kembali ke televisyen sejak beberapa minggu lalu dan peminat mula prihatin dengan imej lama Wardina Safiyyah dalam sitkom tersebut.


“Okay. Spanar Jaya is airing again. I don’t have a TV. Yes, that was lama dulu. Hendak dapat dosa tengoklah, kalau ada rasa segan jangan tengok,” tulis beliau hari ini.


Wardina Safiyyah kemudian mengatakan yang beliau kini dan yang dahulu jauh berbeza dan di’sudut hati beliau tahu yang Tuhan sudah pun memaafkan kesilapan beliau dahulu.

Menyatakan yang sebenarnya beliau tidak kisah dengan penyiaran semula Spanar Jaya, Wardina Safiyyah juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran di TV.