“Walaupun Nekad Mahu berubah, Ada Yang Masih Tak Percaya”
Tahun 2018 menyaksikan pelbagai kontroversi menghimpit Fathia Latiff dan sejak itu memang tidak nampak bayangnya membintangi mana-mana projek. Mahu buka buku baru sempena tahun 2019, Fathia akui bukan mudah untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap dirinya.
BACA: Fathia Latiff Mengamuk Lagi Dengan TV3
“Setelah apa yang berlaku dan menerima kecaman yang bertubi-tubi, saya sedar bukan senang untuk mengembalikan kepercayaan orang. Saya juga tidak boleh mengubah pandangan negatif orang.
“Saya akui kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sebelum ini dalam proses mencari makna hidup. Walaupun saya nekad mahu berubah, saya sedar ada yang masih tidak percaya,” katanya kepada Utusan Online.
Ada segelintir pihak menganggap salah memilih kawan menjadi punca Fathia sering terpalit dengan kontroversi, bagaimanapun Fathia tidak mahu menyalahkan orang lain dan mengakui semua yang berlaku adalah salah silapnya sendiri.
“Sejujurnya apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri, bukan kawan. Saya tak pernah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.
“Memang saya salah, tetapi kalau boleh selepas ini jangan menghukum saya terus tanpa mengetahui punca saya jadi begitu. Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Secara luaran orang mungkin tengok saya ceria dan happy go lucky, tetapi mereka tidak tahu masalah yang sedang saya hadapi,” katanya.
Untuk azam tahun 2019, Fathia mahu menjadi insan yang lebih baik dan bernekad mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Kami juga mendoakan yang baik-baik buat Fathia dan semoga terus istiqamah untuk berubah.
- SUMBER
- Utusan Online
drama baru nak keluar ko pun mulalah…puih.
Dia berlakun drama apa. Hero aiman hakim ke
Salam fathia.. Bkn org xpercaya.. Tp awk yg hilangkan kepercayaan org. Rasa sy la kan semua peminay awk hepi bila awk nak berubah dan bertudung.. Tp perubahan kena seiring dgn sikap. Ucapan saja xcukup. Hati dan sikap kena selari. Kalau betul masih dlm fasa baru nak berubah.. Sebaiknya kita jaga percakapan. Pegi kelas agama. Bkn ke clubing.. Maki hamun sana sini. Nak berubah tp cari kwn yg entah apa2 entah. Xpuas hati dgn tv3 pun awk ngamok sana sini. Patutnya awk besopan je walau apa pun org buat. Bdoa.. Tuhan pasti tlg. Redha.. Baru hati tenang. Tutur kata pun kena pndai.. Dr situ pun org boleh menilai. Dari suka semua jd xsuka. Fikir la. Nak berubah xperlu heboh pun. Org semua boleh lihat sendiri perubahan kita. Jdlah hari lebih baik dr smlm…
Pegi jahanam lah kau.
Menyamar eh
Kenapa nak kene orang percaya klau nak berubah ????? I can’t brain. But hope she find peace within herself.
akak tak yakin dia akan berubah, dia bertudung di luar tapi bila live dalam aplikasi media sosial… dia udah musnahkan kepercayaan orang, sama gak bila lopa promote tudung dalam klub… sorry no more fans of her
Doa baik2 je dik, sudah2lah dengan lofa. Biarlah dia dengan hidup dia. Nak tunggang terbalik ke apa ke lantaklah dia. Kita fikir diri kita je. Muhasabah sikit.