fbpx

Berkenalan Lebih Setahun, Mamat Akhirnya Perkenal Kekasih

Selepas berpecah dari Kumpulan Sepah, Mamat kini lebih selesa bergerak sendiri. bagi Mamat, apa yang berlaku antara dia dan kumpulan Sepah ada hikmahnya. Jelas Mamat dia sekarang lebih matang dan kuat untuk berdepan dengan apa jua jenis dugaan dihadapannya.

Melihat kejayaan dua rakannya sekarang, Mamat tidak langsung menyimpan dendam malah bersyukur dan gembira melihat kejayaan dua rakannya bersama Sepahtu yang jelasnya idea asal Sepah adalah datangnya daripada dia sendiri.

Hubungan mereka bertiga masih baik sehingga ke hari ini. Jika balik ke kampung, mereka akan berjumpa dan masih meluangkan masa bersama.

Satu majlis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro yang telah berlangsung secara live di Istana Budaya. Mamat turut dilihat hadir ke majlis tersebut. Kedatangan Mamat yang didampingi seorang gadis cantik, mencuri lensa mata tetamu yang hadir. tidak melepaskan peluang yang ada, lantas Mamat didekati untuk merisik gerangan gadis.

Selepas dirisik, Mamat mengaku gadis tersebut merupakan tetamu istimewa hatinya sekarang. Lebih ringkas, kekasihnya sekarang selepas putus bersama Fida kira-kira 2 tahun lalu.

Gadis cantik manis yang mengenakan kurung peplum bewarna peach itu memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Syafiqah Zakaria.

Ditanya sejauh mana seriusnya hubungan percintaan mereka, jelas Mamat dia mahu Syafiqah menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”

“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”

“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada dengan saya.”

Mengenali Syafiqah lebih setahun lalu. Gadis berusia 23 tahun itu kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam.

Di dalam perkembangan terbaharu, Mamat bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.