fbpx

Sebulan Bergelar Isteri, Zizi Kirana Seronok Sediakan Bekal Untuk Suami

Sudah sebulan bergelar isteri, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suaminya, pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi, kehidupannya kini berubah dimana sebelum ini hanya uruskan diri sendir sahaja, selepas kahwin dia perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri pula.

BACA: Zizi Kirana Tak Kecil Hati Diva AA Sindir Kahwin Pucuk Muda

“Sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin harian sediakan bekal makanan untuk Yusuf.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak diamakan. Lagi pun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak,” katanya.

Sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami, Zizi berkata dia sedang mencari waktu sesuai untuk ke sana.

“Memang ada perancangan nak pergi…sekarang pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ini..InsyaAllah kalau ada rezeki, akan ke sana juga,” katanya.

Zizi sah bergelar isteri Yusuf Bahrin pada 19 September lalu dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.