fbpx

Kini mempunyai empat orang cahaya mata, pelakon Aeril Zafrel berkata dia belum mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata lagi.

Memetik Xtra, Aeril berkata sudah cukup empat orang cahaya mata dan jika mereka menambah cahaya mata lagi bimbang anak-anak mereka kurang kasih sayang dan tidak cukup perhatian.

BACA: “Saya Nak Melawat Nad, Tapi Tak Boleh Sebab…” – Aeril Zafrel

“Saya rasa nak berehat dulu. Kalau ikutkan empat orang anak itupun sudah cukup. Alhamdulillah saya dan Wawa dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

“Kalau ada lebih itu bonus. Tapi sekarang ni rasa penat membesar dan menjaga anak bongsu itu pun tak hilang lagi. Mungkin kalau kami mahu tambah zuriat pun lepas empat tahun, Insya-Allah.

“Pada saya bila anak-anak terlampau cepat membesar saya dan Wawa risau kalau terhutang kasih sayang atau tak cukup beri perhatian sepenuhnya kepada mereka terutamanya yang bongsu,” katanya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan Muhammad Fahri, kini berusia setahun.