fbpx

Nina Ismail Sabri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Perkongsian bekas isteri Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memakai selempang tertulis ‘bride to be’.

Menerusi entri di Instagram itu, Nina turut diraikan bersama rakan-rakan serta meluahkan rasa syukur dikurniakan rakan-rakan yang memahami.

BACA: Dah Bercerai, Nina Ismail Sabri Masih Bagi Jovian Kongsi Akaun Netflix

Sementara itu, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri itu turut mendaokan agar hubungan persahabatan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Perkongsian Nina itu sekaligus memberi bayangan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat melihatkan hashtag #goodbysinglenina pada hantaran berkenaan.

Terdahulu, Nina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Jovian Mandagie pada Disember 2013 namun memilih untuk berpisah secara baik pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.