fbpx

Baru Berapa Jam Dilancarkan, Tudung Fazura Habis Dijual

Sejak mendirikan rumah tangga, rezekiselebriti cantik Nur Fazura semakin mencurah-curah. Selain sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi, Fazura juga sangat komited untuk memajukan perniagaan jenama miliknya.

Selain menjual baju kurung koleksinya sendiri, baru-baru ini Fazura melancarkan tudung di butik miliknya, Fazbulous di The Strand Mall, Kota Damansara.

Tahun ini merupakan tahun ketiga koleksi tudung Fazura berada di pasaran. Sebelum ini butiknya dikenali sebagai House of Doll.

https://instagram.com/p/BjtddFLD9Z0/?utm_source=ig_embed

Lebih mengejutkan, baru berapa jam di lancarkan, ketiga-tiga koleksi tudungnya iaitu Tudung Fazura, shawl dan printed bawal sudah habis dijual.

Mungkin kerana ramai yang memuji kecantikan Fazura yang manis bertudung pada Ramadan kali ini, membuatkan ramai yang ingin memiliki koleksi tudung tersebut.