fbpx

Dek Rozita Che Wan Minat Darah Muda, Zain Saidin Sekali Lagi Tunjuk Minat

Ini bukan kali pertama pengakuan dari mulut jejaka ini di’buat.

Tidak lama dahulu, Zain Saidin mengatakan yang beliau memang nampak Rozita Che Wan sebagai wanita idaman beliau.

Ketika itu Zain Saidin namanya masih sangat baru dalam dunia hiburan namun hari ini, pelakon berdarah kacukan ini agak di’kenali ramai melalui beberapa drama lakonan beliau.

Dalam temubual terbaru bersama Berita Harian, Zain Saidin sekali lagi mengakui yang beliau meminati Rozita Che Wan dari jauh.

“Jika ada jodoh saya dengan dirinya, saya tidak menolaknya dan menerima. Soal penerimaan ibu dan ayah saya, semua itu boleh dibincangkan bersama,” ujar Zain Saidin.

Mungkinkah ini respons Zain Saidin kepada kenyataan Rozita Che Wan beberapa hari lepas yang mengatakan beliau berminat dengan jejaka muda?

Dalam perkembangan lain, Zain Saidin turut menjawab desas desus mengatakan beliau akan berhijrah ke Indonesia kerana wajah kacukan beliau tidak di’terima ramai di Malaysia.

Beliau menjelaskan niat tersebut hanya untuk mencuba nasib di bumi Indonesia, bukan’nya merajuk dengan industri hiburan Malaysia. Zain Saidin masih menerima banyak tawaran modelling & berlakon di’sini.