fbpx

Rita Rudaini Bidas Kredibiliti Doktor Pula

Nampaknya ada sahaja kontroversi melibatkan Rita Rudaini, terbaru pelakon itu memuat naik status mempersoalkan kredibiliti seorang doktor pula.

Difahamkan sebelum ini, doktor tersebut ada memuat naik status berbaur sinis terhadap golongan yang enggan mengikuti undang-undang di negara ini.

BACA: “Dah Tak Minat? Ada Aku Kisah Orang Minat Aku Ke Tak…”

Menurut doktor tersebut, sesiapa yang tidak patuh seharusnya keluar sahaja dari negara ini. Sindir doktor itu lagi golongan anti vaksin boleh terus tinggal di Malaysia tetapi hanya di gua.

Tampil membidas kenyataan doktor itu, Rita tidak menyangka seseorang yang berpendidikan tinggi menulis kenyataan tidak logik seperti itu.

“Siapakah dia? Pangkat doktor itu untuk apa ya? Jika bermaksud doktor, saya amat terkejut juga dengan pemikiran daripada otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

“Baru saya tahu, tidak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak. Hanya pandai atas kertas peperiksaan bidang mereka sahaja,” tulis.

Sebelum ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila menolak vaksin Covid-19. Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.