fbpx

Syamsul Yusof Doakan Puteri Sarah Bertemu Lelaki Baik

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu hari ini.

Memetik BH Online, Syamsul mendoakan bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik serta mengecapi kebahagiaan.

BACA: Puteri Sarah, Syamsul Yusof Sah Bercerai Talak Satu

“Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik.

“Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya. Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata meskipun sudah berpisah dia dan bekas isteri akan kekal berhubung demi anak-anak mereka.

“Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Apa yang boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya.