fbpx

“Mimi Lana, Syafiq Kyle Hanya Kawan” – Pengurus

Pengurus kepada pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle iaitu Iman Tan berkata kedua selebriti itu mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat baik.

Memetik Kosmo, meskipun tidak jadi melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos tahun lalu Iman berkata Mimi dan Syafiq tidak pernah bermusuh.

BACA: Syafiq Kyle Bagi Mimi Lana Kek Brownies Sempena Hari Jadi

“Mereka masih berkawan. Walaupun tidak jadi bernikah, bukan bermakna mereka bermusuhan atau bergaduh. Sebab pada waktu kejadian (tak jadi kahwin), saya ada bersama dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Iman berkata Syafiq dan Mimi masih mengekalkan hubungan profesional dan baru saja selesai menjalani sesi fotografi bersama hari ini.

“Mereka memang tiada masalah. Malah sehingga hari ini mereka masih berkawan. Macam hari ini, mereka baru saja selesai menjalani sesi fotografi mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk sebuah jenama tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Iman berkata dia berbuka jika kedua-duanya kembali bercinta semula namun masing-masing sedang sibuk dan fokus dengan kerjaya.

“Ya, sudah tentu saya mengalu-alukan (Mimi dan Syafiq kembali bersama). Lagipun mendirikan masjid (berkahwin) adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya banyak kali makan malam dengan kedua-duanya. Tapi saya tidak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam. Kerana masing-masing sedang sibuk sekarang ini.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.