fbpx

Rasa Bersalah Pegang Bahu Mimi Lana, Amar Asyraf Nekad Berhenti Berlakon

Pelakon Amar Asyraf berkata lakonan bukan lagi jiwanya serta mendedahkan pengalaman menjalani penggambaran drama Perempuan Itu dua tahun lalu menyedarkan dirinya.

Memetik mStar Online, Amar berkata babak seolah dia memegang bahu Mimi Lana dalam drama tersebut membuatkan dirinya rasa bersalah dan dia sedar bahawa ianya adalah satu kesalahan.

BACA: Amar Asyraf Menangis Kedai Minyak Wangi Dah Ada Signboard

“Memang saya sudah berhenti berlakon, drama terakhir saya adalah pada 2021 dan tawaran diterima selepas itu saya tolak sebab nekad mahu tinggalkan dunia seni.

“Menerusi drama terakhir saya ada babak seolah-olah saya pegan bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bersehntuhan tapi saya betul-betul rasa bersalah.

“Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tapi sekarang saya mahu berubah,” katanya.

Sementara itu, Amar berkata penghijrahannya itu juga anda sebab dia bulat hati dengan keputusan tersebut serta menolak tawaran program televisyen yang memerlukan dia muncul di hadapan kamera.

“Penghijrahan saya juga antara faktor membuat keputusan ini. Saya rasa tidak selesa untuk berlakon, jadi lebih baik tidak lagi menerima sebarang tawaran. Kalau ada program TV pun mungkin saya hanya terlibat sebagai penaja sahaja, tak mahu lagi depan kamera,” katanya.

Dalam pada itu, Amar kini memberi fokus dalam perniagaan namun masih menyalurkan kreativiti dunia seni menerusi konten media sosial sebagai salah satu kaedah mempromosikan perniagaan.

“Saya masih boleh terus berkarya menerusi video yang dimuat naik di sosial media dan sebab itu buat masa sekarang saya tidak pernah rasa rindu terhadap dunia lakonan.

“Secara jujur saya lebih tenang dan gembira. Kehidupan lebih sederhana tanpa perlu fikir soal penampilan malah nak makan di mana-mana pun tiada masalah,” katanya.