Pelakon Datin Atikah Suhaimie memaklumkan dirinya mengalami alahan yang agak teruk sejak akhir-akhir ini sehingga terpaksa berehat daripada berkongsi video mukbang.
Menerusi video di TikTok, Atikah berkata dia tidak boleh menjamah makanan yang mengandungi bawang putih atau bawang merah kerana akan rasa mual.
BACA: Atikah Suhaime Teruja Suami Belikan Kereta Second Hand
@atikahsuhaimeeee Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch. #fyp #tiktokmalaysia #foodvlog #mukbang #sandwich #focaccia
“Sejak akhir-akhir ini, mual-mual makin teruk. Maaf kalau kalian tertunggu-tunggu video mukbang, saya memang tak boleh makan bawang dan bawang putih buat masa sekarang,” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang membuat andaian bahawa pelakon itu mungkin sedang hamil kerana alami alahan yang teruk.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.