fbpx

Nas-T Cari Masa Sesuai Jumpa Keluarga Nabila Huda Bincang Soal Kahwin

Nampaknya progress hubungan Nabila Huda dan Nas-T ini berjalan pantas sehingga ada ura ura yang mengatakan mereka akan menjadi lebih serius tidak lama lagi — berkahwin mungkin?

Menurut Nas-T, dia dan Nabila Huda sudah berkawan sejak zaman remaja lagi dan tidak menyangka yang hubungan mereka akan terus menjadi rapat seperti hari ini tetapi gembira dengan hubungan ini.

“Saya gembira sebab kami dah berkawan lama dan dah tahu baik buruk masing-masing. Kalau ditakdirkan jodoh saya bersama Nabila, saya terima sahaja,” ujar Nas-T kepada GUA.

Mengakui selalu berjumpa untuk meluangkan masa bersama sama sejak akhir akhir ini, Nas-T turut menambah yang mereka sudah pun mengenali keluarga masing masing ketika ini.

Cuma Nas-T ketika ini sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu keluarga Nabila Huda secara peribadi untuk membincangkan soal perkahwinan dengan lebih lanjut.