fbpx

Nubhan Redha Isteri Keguguran Selepas 7 Minggu Hamil

Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nubhan berkata isterinya mengalami pendarahan semasa kandungan berusia 7 minggu dan kini sedang mengalami tempoh pemulihan.

BACA: Surau Pusat Beli-Belah Tutup, Nubhan Solat Dalam Fitting Room

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

“Tak ada rezeki anak ketiga. Gugur buat kali yang kedua. Usia kandungan tujuh minggu, jadi kena berpantang ringan-ringan,” katanya.

Dalam entri tersebut, Nubhan turut berkongsikan rakaman detik gembira ketika mendapat berita isterinya hamil menerusi kit ujian kehamilan.

Video berdurasi lebih dua minit itu turut memaparkan isterinya melakukan pemeriksaan kandungan selepas mengalami pendarahan, bagaimanapun kandungannya tidak dapat diselamatkan.

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015. Pasanan itu dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.