fbpx

Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Diludah Seorang Makcik

Pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia pernah berdepan detik memeritkan apabila dibenci ramai orang susulan terpalit kontroversi curang sehingga memusnahkan rumah tangganya.

Menerusi sebuah podcast, Shuk berkata bukan saja teruk dikecam malah keretanya pernah diludah oleh seorang ndividu ketika sedang makan di Pulau Pinang.

BACA: Shuk Sahar, Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu

@okletsgo.sg

Makcik haters ludah kereta Shuk ? FULL EPISODE DI OKLETSGO ON SPOTIFY ???? #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #podcast #podcastsg #podcastmalaysia #comedyvideo

? original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

“Pernah ada seorang mak cik nampak saya dan terus membisikkan sesuatu kepada anaknya sambil tunjuk reaksi benci. Ingat sampai situ sahaja tetapi apabila dia lalu di sebelah kereta saya, saya nampak dia meludah,” katanya.

Shuk mengakui marah dengan tindakan makcik tersebut namun mengambil keputusan untuk mendiamkan diri memandangkan ketika itu isunya sedang hangat diperkatakan.

“Rasa nak bangun kerana marah tetapi waktu itu kes saya tengah meletup, orang kedai pula pandang saya semacam. Jadi, saya tidak buat apa-apa. Itu tahap cancellation rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelawak itu bersama Rossa Sera berikutan Shuk didakwa berlaku curang.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Sera pada 2015 sebelum bercerai pada Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.