fbpx

“Kusangkakan panas sampai ke petang tapi hujan pula di tengahari”.

Pepatah Melayu ini memang kena sangat dengan usahawan Nur Saidatul Akma atau lebih mesra dipanggil Akma dan suaminya, Muhammad Aswadi yang menjalankan bisnes produk kecantikan Harqis Empire di Mentakab Pahang ini selepas didakwa ditipu kontraktor Interior Design (ID) dari Terengganu.

Nur Saidatul Akma & Muhammad Aswadi, Founder kepada Harqis Empire

Akma yang dalam proses membina banglo tiga tingkat di Pahang ini berhasrat mahu mencantikkan lagi banglo miliknya lalu mengupah kontraktor Interior Design terbabit bernilai RM2 juta. Dia terkejut apabila diberikan sebut harga oleh ID tersebut bernilai sehingga RM12 juta!

Pergh, bukan calang-calang gais jumlah tu. Terlalu banyak. Dah macam projek juta-juta drama Melayu pukul 7 pula. Tapi itu lakonan tak mengapa lagi lah kan. Ini betul-betul punya projek ni.

Jelas Akma, dia dikatakan perlu membayar deposit 10% iaitu RM200 ribu daripada projek terbabit namun tiada sebarang hitam putih atau pun dokumen untuk ditanda tanganinya walaupun selepas diminta banyak kali.

Sabitkan Dengan Sihir Pulak?

Apa yang paling ‘kelakar’ sekali apabila si kontaktor tu sabitkan dengan kes sihir pula.

Kontraktor tersebut memberitahu selalu menerima gangguan mistik sepanjang berurusan dengannya.

Akui Akma, dia memang ada disihir 2 tahun lepas tapi semua benda tu dah tak ada, tapi pelik pula apabila diminta untuk uruskan projek, ada saja alasan yang diberi.

Malah, gangguan jin pula yang dijadikan isu. Hmm, kesian pula jin kena fitnah ke macam mana ni?

Kalau anda nak tahu, apabila Akma dan suaminya mengambil keputusan untuk menghentikan projek dengan ID ini, pada awalnya mereka berjanji untuk memberi bil setakat design dan pelan yang telah disiapkan.

“Tetapi sehingga kini ID tersebut buat senyap jer. Bil tak bagi. Duit RM200,000 entah apa cerita. Takkan la harga buatkan design sampai RM200 ribu kan? Kaya-kaya Interior Designer Malaysia kalau mcm tu,” kata Akma.

Laporan Polis Dah Dibuat

Bagaimanapun baru-baru ini, Akma dan suaminya tidak duduk diam. Mereka ada buat laporan polis pada 4 Oktober lepas dan juga telah melantik peguam bagi menuntut haknya semula.




““Kali terakhir saya berhubung dengan dia pada 5 Oktober lepas, dan dia sendiri pun tahu saya telah buat laporan polis dan juga upah peguam untuk selesaikan isu ini,” tambah Akma.

Lump Sum Camtu Jer?

Hmm, betul-betul kes naya ni gais. Kalau anda nak tahu kontraktor Interior Design ini ada juga berikan bil tentang projek RM12 juta tu. Tapi macam krik-krik pula. Boleh pula dia letak harga tangga RM600 ribu, wiyering rumah RM1.5 juta! Wow, hebatnya kamu.

Mahu Orang Lebih Hati-hati

Harap selepas ini orang ramai lebih hati-hati dalam buat pemilihan kontraktor Interior Design yang lebih baik. Kalau boleh tu anda buat dulu sedikit research tentang kontraktor tersebut. Seriau juga kalau jadi macam kes Puan Akma ini.

“Tujuan saya hebohkan kepada media ini adalah untuk ‘selamatkan’ orang lain dari penipu ini. Bukan nak famouskan diri sendiri.

“Sekurang-kurangnya netizen lebih alert dan tahu apa yang berlaku dan lebih berhati-hati dengan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sedih orang Melayu kita sendiri khianat bangsa sendiri tanpa rasa bersalah. Kenapa mereka berani. Hutang RM2 dengan customer pun saya takut pegang. Ratus ribu dia sanggup permainkan.”

“Saya bukan nak jatuhkan sesiapa. Tapi saya tak nak orang lain terkena macam mana saya kena ni. Sakit tau tak orang buat duit kita beratus ribu main-main.”

Tambahnya, dia hanya mahukan hak dia kembali. Kes ini pun sudah dilanjutkan ke mahkamah dan dia akan lawan habis-habisan untuk tegakkan keadilan.

Dan jelasnya lagi, rumah banglo 3 tingkat yang berlokasi di Temerloh, Pahang itu pun sudah diteruskan projek dengan kontraktor Interior Design yang lain.

Sama-sama kita tunggu moga kes Puan Akma ini dapat pengadilan sebaiknya.

Apa-apa pun anda jangan mudah tertipu yer. Sekarang ini dah banyak kes menipu dan ditipu berlaku. Bukan kes pasal projek rumah jer, kes lain pun dah banyak dilaporkan. Ingat, jangan serbu tanpa pakai helmet dulu yer!