Syifa Melvin, Safawi Rasid Nikah Malam Ini?
Sejak semalam, tular foto dan video malam berinai pelakon Syifa Melvin bersama pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di media sosial.
Meskipun kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai hari bahagia mereka, menerusi foto tersebut, kedua-dua pengantin dilihat tersenyum menunjukkan tangan mereka yang siap berinai.
BACA: Dikhabarkan Bakal Nikah Dengan Syifa Melvin Esok, Safawi Rashid Kunci Mulut
Difahamkan majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.
Lainye muka X dak makeup.. itulah padahnya suka pakai makeup tebal2..
ni kalau selisih kt luar, xde fans dtg serbu sbb x kenal muka lain sgt
Muka dia tak make up macam makcik bawang flet ppr b40.
ingt lawa tp biase2 je..make up je nmpk lawa..tp kakak dia syatilla yg lawa tnpe make up…
Pakai mekap tuu… tolong laahhhh jangan tanggal mekap
Dah macam pau dh bila x make up.. Ingat kat lawa.. So please la jgan tanggal make up…hahahaaa