fbpx

6 Keluarga Selebriti Ini Layak Digelar The Kardashians!

Jika dilihat sekarang ini semakin ramai adik-beradik selebriti menceburi industri hiburan tanah air. Jika di Hollywood, keluarga The Kardashians antara yang paling popular. Siap ada rancangan realiti mereka sendiri.

Di Malaysia pun apa kurangnya, ramai dah adik-beradik selebriti yang semakin popular. Ada juga yang dah ada rancangan mereka sendiri di Televisyen.

1. The Maembong

7 adik beradik dan 6 daripadanya perempuan, memang meriah keluarga ini. Pada awalnya, Yaya Maembong mula menceburi bidang lakonan. Kemudian diikuti Emma dan Chacha. Abang mereka, Ahmad Bakri merupakan pemain drum kumpulan Flop Poppy dan Meet Uncle Hussein. Jangan tak tahu adik-beradik ini ada rancangan realiti mereka sendiri The House.

2. The Nasir

Adik-beradik ini semuanya perempuan. Kecantikan dimiliki mereka sentiasa menjadi perhatian. Diana, Anzalna, Nazirah, Mia dan Afifah, masing-masing mempunyai peminat mereka sendiri. Kalau tengok OOTD mereka pasti akan dapat banyak like.

3. The Khan

Keluarga selebriti ini antara yang paling berpengaruh di Malaysia. Setiap tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian. Bukan saja cantik, malah mereka ini mempunyai populariti tersendiri. Tidak perlu menumpang populariti Neelofa, adik-beradik yang lain iaitu Noor Nabilah, Athisha dan Ameera mempunyai pengikut masing-masing.

4. The Senrose

Siapa yang tak kenal dengan pasangan adik-beradik cantik Nelydia dan Uqasha. Selain mereka berdua, pemenang Dewi Remaja Rasya Rizrose, juga merupakan adik berkongsi ibu yang sama namun berlainan bapa.

5. The Sharifah

Sebut je nama adik-beradik ini iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, semua tahu mereka ini memang terkenal dengan sikap ‘gila-gila’. Apa yang pasti kalau mereka bertemu memang riuh satu rumah.

6. The Che Wan

Sedap mata memandang tengok adik-beradik cantik ini iaitu Rubytah, Rahimah, Raudhah, Rozita dan Rohaiza. Rozita dan Ayu Raudhah antara yang paling popular. Rubytah juga turut menjadi perhatian selepas mendirikan rumah tangga bersama pelawak Lan Pet Pet.