fbpx

Che Ta Terkejut Aaisyah Minta Skincare Berjenama Sempena Hari Jadi

Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan berkongsikan video bertanyakan kepada anaknya, Aaisyah produk kecantikan yang diinginkan sempena hari jadinya pada 1 November.

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, kanak-kanak berusia 9 tahun itu secara spontan terus menyenaraikan produk jenama mewah yang diinginkannya sambil dilihat sedang bersolek.

BACA: Che Ta Tak Ajar Anak Pakai Selipar, Nak Pergi 7E Pun Kena Pakai Kasut

@rozitachewan1

Mampoih dahhhhhh! Mummy tk penah dgr nama2 skin care yg dia nakkkkkk tu????? nampak sgt mak hang dah tua aaisyah ? . #aaisyahturns9 #cheta #rcw #fyp #makeup #fyp

? original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

“Skincare produk, ada banyak. Glow recipe, drunk elephant, the ordinary, Sol de Janeiro, banyak lagi mummy tak beli,” katanya.

Mendengarkan jawapan Aaisyah itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta terkejut mendengar jenama-jenama berkenaan kerana dia sendiri tidak tahu dengan jenama produk yang disebutkan itu.

“Ni aku tak tahu semua benda tu. Aku tak pernah dengar. Yang mummy tahu tau apa dia, Safi Rania je. Binatang apa hang sebut?” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aaisyah. Malah, ada netizen mengatakan mereka turut terkejut apatah lagi harga skincare tersebut ada yang mencecah harga beratus.