fbpx

Presiden Indonesia Percaya Pencabar Beliau Main Ilmu Hitam

Rakyat Indonesia pasti naik angin bila aku sentuh tentang penyandang presiden mereka. Asasnya, apa sahaja yang berkait Indonesia tidak bisa orang Malaysia sentuh. Nanti jadi ‘Ganyang Malaysia’.

Utusan Malaysia melaporkan yang penyandang Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono percaya yang pencabar beliau ada menggunakan ilmu hitam.

“Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya. Ia luarbiasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan.” kata beliau.

Ya apa kesannya pak? Apa kaedahnya? Saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya kurang percaya dengan ilmu hitam.

Jika ilmu hitam bisa jatuhkan seorang presiden seperti bapak, apa kita kita ramai-ramai gunakan ilmu hitam untuk jatuhkan Benjamin Netanyahu. Lebih barakah bukan?

Biar saya bilang sama bapak sekarang, jika orang lain itu menang nanti pilihanraya, orang itu guna ilmu yang orang zaman Megan Fox panggil ‘Sains Politik Moden’.